Nik Elin Zurina & Tengku Yasmin Nastasha lwn. Kerajaan Kelantan

Nik Elin Zurina & Tengku Yasmin Nastasha lwn. Kelantan ialah sebuah kes pada 2023 berkenaan percanggahan undang-undang takzir gubalan Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan undang-undang sivil di Kelantan, Malaysia. Secara khusus, kes ini berhasrat untuk mencabar sebilangan peruntukan dalam enakmen syariah negeri, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, yang dikatakan bercanggah dengan prinsip perlembagaan negara dan sistem undang-undang sivil, dan seperlunya dibatalkan. Secara am, kes ini berkisarkan kemungkinan percanggahan bidang kuasa penggubalan undang-undang antara Persekutuan dengan negeri.Pendengaran mula dilaksanakan pada Ogos 2023, dan melibatkan Mahkamah Persekutuan di samping wakil badan-badan syariah dan sekular. Kes selesai pada 9 Februari 2024 dengan keputusan memihak kepada Nik Elin, menyebabkan 16 peruntukan dianggap terbatal kerana bercanggah dengan perundangan Persekutuan. Kes ini menjadi kontroversi apabila pihak Islamis menganggap kes tersebut sebagai pencabaran terhadap sistem syariah negara secara keseluruhan, dan mendapat perhatian oleh pihak politik dan pertubuhan Islam.

Rujukan

WikiPedia: Nik Elin Zurina & Tengku Yasmin Nastasha lwn. Kerajaan Kelantan https://www.sinardaily.my/article/205210/islamic/n... https://www.sinarharian.com.my/article/272413/beri... https://www.sinarharian.com.my/article/635357/beri... https://www.sinarharian.com.my/article/635535/beri... https://www.sinarharian.com.my/article/635686/beri... https://www.sinarharian.com.my/article/635433/beri... https://www.researchgate.net/profile/Izmi-Che-Jama... https://supreme.justia.com/cases/federal/us/402/62... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03... https://www.sinarharian.com.my/article/648869/beri...